Anda di sini

SMK Batu Lintang, SJK Chung Hua No.2 pertahankan mahkota juara

Advertisement

PEMENANG: Wee bersama pemenang Kejohanan Renang Kumpulan Umur di Kuching kelmarin.

KUCHING: SMK Batu Lintang dan SJK Chung Hua No. 2 masing-masing mempertahankan mahkota kejuaraan Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kuching Ke-26 di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan pada Ahad lalu.

Kuasa renang sekolah menengah, SMK Batu Lintang mendahulu kutipan pingat daripada permulaan sekali gus mencatat 739 mata pada kejohanan dua hari itu.

Bintang renang mereka berusia 16 tahun, Angela Chieng merangkul 15 pingat emas dan memecah dua rekod manakala Anson Go Guang Ping memenangi 12 emas, satu perak dan satu gangsa.

Perenang berusia 13 tahun, Hii Puong Huo pula memenangi sembilan emas dan empat perak.

Pencapaian cemerlang itu juga menyaksikan Angela dinobatkan sebagai Perenang Terbaik Perempuan Kumpulan 1 (15-17), manakala Anson dan Hii memenangi Perenang Terbaik Lelaki Kumnpulan 1 dan Kumpulan 2 (13-14) masing-masing.

“Kami memang gembira dengan kejayaan merangkul kejuaraan sekali lagi untuk empat tahun berturut-turut, selain kekal sebagai kuasa renang di sini,” kata Penolong Kanan Kokurikulum SMK Batu Lintang, Matthew Chin.

Beliau berkata, sokongan padu ibu bapa dan penguru san sekolah selain komitmen pelajar banyak menyumbang kepada kejayaan mereka.

Manakala Lodge Secondry School memunggut 456 mata berada di kedudukan kedua dan tempat ketiga dengan 295.5 mata disandang SMK Green Road.

Sementara itu, Presiden Persatuan Renang Amatur Kuching (KASA), Datuk Wee Hong Seng berkata kejohanan kumpulan umur itu merupakan pendekatan mencungkil bakat-bakat baharu.

Katanya, penyertaan memberangsangkan daripada 225 perenang dari 34 sekolah pada Kejohanan Kumpulan Umur Kuching Ke-26 menunjukkan petanda baik sukan renang di bandar raya ini.

“Langkah seperti ini penting memastikan pemenang kejohanan ini dapat terus diasah bakat untuk bertanding pada kejohanan lebih besar termasuk peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan itu merupakan indikator mengukur kejayaan setiap perenang pada edisi lalu dan tahun ini.

“Sebagai persatuan, kejayaan kami diukur berdasarkan kejayaan melahirkan perenang dan meningkat kemampuan mereka,” ujarnya.

Beliau melahirkan rasa bangga dengan kejayaan perenang kali ini memecah sembilan rekod kejohanan dalam kategori masing-masing.

Pada majlis penyampaian hadiah itu, Wee turut menyampaikan insentif tunai kepada setiap perenang yang berjaya memecah rekod kejohanan.

Advertisement