Anda di sini

Penduduk Telaga Air dinasihatkan tidak menggunakan ponton sedang dibaiki

Advertisement

KUCHING: Kerja-kerja membaiki ponton usang di Telaga Air yang dipercayai kurang elok sejak setahun yang lalu telah dimaklumkan kepada pihak kontraktor dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) semalam.

Demikian maklum balas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi ketika ditanya pemberita semalam.

“Saya menasihati penduduk sekitar agar tidak menggunakan ponton berkenaan sementara kami cuba untuk membaikinya.

“Sebaliknya gunakan jeti lain kerana keselamatan diri mereka lebih penting.

“Pihak kami telah dimaklumkan tentang perkara itu setahun yang lepas, kami ada memberitahu MPP dan punca kerosakan berkemungkinan disebabkan ombak dan air pasang,” katanya.

Beliau juga berharap agar penduduk dapat menunggu dengan sabar sementara ponton berkenaan dibaiki.

Sebelum ini, seorang pengadu Abdul Ghani Saini, 42, mengadu ponton berkenaan membahayakan keselamatan nelayan dan pengguna jeti di kawasan berkenaan dan yang berdekatan dengannya.

Pihaknya menggunakan ponton berkenaan untuk mengikat tali bot-bot nelayan di samping menurunkan penumpangn bot tambang ke kampung seberang.

Penduduk kampung turut berharap ponton berkenaan dapat segera dibaiki.

Advertisement