Anda di sini

MUBARAK tekad bantu BN rampas semula Selangor pada PRU14

Advertisement

SHAH ALAM: Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor semalam bertekad untuk membantu mengem-balikan Selangor kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata MUBARAK bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada BN dalam menjaya-kan misi itu.

“MUBARAK telah membuat satu resolusi dan kita telah serahkan resolusi itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sela-ngor (Datuk Seri Noh Omar) semalam.

“Antara kandungan resolusi itu ialah kesanggupan kita untuk memberi kerjasama kepada Badan Perhubungan UMNO (Selangor) selain membantu jentera UMNO  keseluruhannya agar BN mampu memenangi PRU akan datang,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Selangor Ke-11 di sini semalam.

Abu Hassan, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, berkata pihaknya yakin Selangor mampu ditawan sekiranya ada usaha berganda bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN dan parti itu perlu memperoleh soko-ngan padu anggotanya serta semua pihak. — Bernama

Advertisement