Anda di sini

GEmS iktiraf pelajar MSU/PTPL dalam kokurikulum

Advertisement

SHAH ALAM: Bagi meraikan pencapaian cemerlang buat pelajarnya, Management & Science University (MSU) dan insitusi berkolejnya, Kumpulan Kolej PTPL telah mengadakan satu acara khas iaitu Graduate Employability Skill (GEmS) bagi mengiktiraf pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara menyeluruh semalam.

Sebanyak 21 kategori anugerah telah diumumkan iaitu Best Community Service Project, Best Entrepreneurship Programme, Most Happening Programme, Highest Achievement in Sport dan lain-lain anugerah lagi. Majlis tersebut dianjurkan bersama jabatan Student & Carrer Development (SCD), MSU dan Unit Pembangunan Pelajar (UPP), Kolej PTPL dan melibatkan lebih 1,000 pelajar MSU dan PTPL.

GEmS merupakan satu acara menarik yang diadakan bersempena dengan majlis konvokesyen MSU yang ke-14 dan bakal berlangsung pada 25 Januari ini. Antara aktiviti lain yang bakal diadakan ialah MSU Homecaming Fiesta, Anugerah Senarai Presiden, Gala Night, Majlis Pelancaran Kad Touch N Go MSU edisi khas, Edufair Exhibition, Pertandingan Aero Dance dan banyak lagi

MSU turut akan mengadakan MSU Education Fair Experience Tour (MEET) di mana orang ramai boleh mendapatkan maklumat secara lengkap berkenaan program-program pengajian yang ditawarkan di MSU.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Presiden MSU dan Kumpulan Kolej PTPL Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab.Yajid, serta turut dihadiri oleh para pegawai kanan, pensyarah dan pelajar MSU dan PTPL sendiri.

Advertisement