Anda di sini

35 warga asing ditangkap dalam Ops 5P Bersepadu

Advertisement

SEBAHAGIAN warga asing yang ditangkap menerusi Ops 5P Bersepadu Jabatan Imigresen Sandakan.

SANDAKAN: Seramai 35 warga asing ditangkap menerusi Ops 5P Bersepadu Jabatan Imigresen Sandakan di dua lokasi setinggan berasingan di Batu 8, di sini, kelmarin.

Operasi pertama bermula jam 12.30 pagi hingga 1.45 pagi melibatkan pemeriksaan ke atas 75 orang. Daripada jumlah itu, 23 orang terdiri sembilan lelaki dan 14 perempuan warga asing ditangkap.

Sementara, operasi kedua bersambung dari jam 2.30 pagi hingga 3.30 pagi membabitkan pemeriksaan ke atas 66 orang. Dalam operasi itu, 12 orang terdiri 10 lelaki dan dua perempuan ditangkap.

Kesemua warga asing yang berusia lingkungan 2 hingga 59 tahun itu ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi berkenaan diketuai oleh Timbalan Pengarah Imigresen Cawangan Sandakan Muhammad Isa Halsey bersama penguatkuasa Imigresen, anggota Rela selain Jabatan Pendaftaran Negara.

Kesemua warga asing berkenaan ditahan reman selama 14 hari di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Advertisement