Anda di sini

24 pelajar dipilih wakili Bahagian Kuching

Advertisement

TUMPUAN PENUH: Sebahagian aksi kejohanan memanah di SMK Sematan pada minggu lalu.

KUCHING: Seramai 24 pelajar dipilih untuk mewakili Bahagian Kuching pada kejohanan memanah peringkat sekolah negeri yang akan berlangsung pada bulan depan.

Pegawai yang mewakili pasukan Kuching, Matthew Chin berkata beliau optimis Kuching mampu memperbaiki pencapaian pada saingan kali ini.

“Kuching adalah kuasa dalam sukan memanah di Sarawak dan kita mahu status berkenaan berjaya dikekalkan,” katanya.

Semua atlet yang dipilih telah mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Memanah Antara Sekolah Bahagian Kuching yang berlangsung di SMK Sematan pada minggu lalu.

Mereka terdiri daripada 26 peserta yang mewakili 20 sekolah dari seluruh Kuching.

Ia mempertandingkan kategori remaja lelaki dan wanita bawah 12, 15 dan 18 tahun.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendidikan Negeri Ellen @ Manium Engang, Pegawai Pendidikan Bahagian Kuching, Sulhi Lamat dan Pengetua SMK Sematan, Nedumaran Lingappan.

Limbang akan menjadi tuan rumah kejohanan peringkat negeri pada tahun ini.

Advertisement