Anda di sini

Umat Islam di Malaysia harus bijak tangani apa jua isu, kata Nancy

Advertisement

ASAJAYA: Umat Islam di negara ini harus bijak menangani apa jua isu termasuk yang berkaitan dengan perbezaan fahaman politik agar tidak dilihat sebagai umat yang mundur dari segi intelektual.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak isu yang dipolitikkan dan ia secara tidak langsung menimbulkan perbincangan yang tidak menjurus kepada penyelesaian.

Malah katanya, senario itu boleh menjadi lebih rumit berikutan perbalahan yang berpanjangan sesama Islam kerana terlalu menurut kata hati dan emosi.

Justeru katanya, masyara-kat Islam harus mendala-mi pemahaman terhadap kitab suci al-Quran kerana kekuatan ummah terletak kepada keteguhan ilmu al-Quran yang ada pada diri seseorang.

“Sesungguhnya cabaran pada abad ke-21 dilihat amat getir kepada umat Islam di mana ia datang dalam pelbagai bentuk dan dari pelbagai sudut.

“Cabaran itu pula bukan sahaja dari luar, tetapi dari kalangan orang Islam itu sendiri kerana lihat sahajalah apa yang berlaku di beberapa negara luar di mana ada pihak-pihak tertentu mengambil tindakan yang tidak seiring dengan apa yang dituntut oleh agama Islam seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran terutama dalam memperjuangkan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Bahagian Samarahan 1435H/2014M di Kompleks Sukan Asajaya, malam kelmarin.

“Sebab itulah Perdana Menteri pertama Malaysia Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ucapannya ketika merasmikan Tilawah Peringkat Kebangsaan yang pertama pada tahun 1960 berharap negara ini menjadi negara yang hebat dengan mengambil semangat dan pemahaman kitab suci al-Quran,” tambahnya.

Turut hadir Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Ne-geri Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohammed Kamaluddin Mohamad Effendie.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Batang Sadong itu turut memberitahu bahawa masyara-kat Islam harus membaca dan menghayati al-Quran yang sudah lengkap dengan huraian tentang etika hidup dengan tafsiran yang suci dan benar, bukannya atas landasan ko-mersil dan agenda peribadi.

Seramai hampir 1,000 penduduk kampung di sekitar Samarahan dan Sadong Jaya hadir pada majlis berkenaan.

Johan qari bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Samarahan dimenangi peserta dari Samarahan, Ismawi Ibrahim manakala naib johan ialah Awang Azid Awang Yusuf dari Asajaya dan tempat ketiga dimenangi Jubni Sulong dari Asajaya.

Juara qariah pula ialah Sharifah Rabiah Wan Mohamad dari Simunjan manakala naib juara Ramlah Planchoi dari Asajaya.  Tempat ketiga qariah pula disandang Temah Abu Bakar dari Samarahan.

Bagi Festival Nasyid Peringkat Bahagian Samarahan kategori tradisi, juara disandang kumpulan Solihin dari Simunjan manakala naib juara Qaisara dari Asajaya.

Nasyid kategori Moden pula dimenangi kumpulan Izz Tihanni manakala naib johan kumpulan Nur Mawahib dari Samarahan.

Sementara itu Nancy berharap penganjuran majlis se-perti itu dapat menggalakkan pembabitan lebih ramai anak muda dalam aktiviti keagamaan dan menjadi motivasi kepada mereka untuk mengharumkan nama kawasan yang diwakili.

“Saya ingin menyarankan agar program-program ber-kaitan ilmu al-Quran diperbanyakkan lagi terutama di peringkat kanak-kanak dan remaja melalui pertandingan bacaan Muqaddam, peningkatan dan penghayatan ilmu ayat-ayat suci al-Quran bertajwid, terjemahan al-Quran serta kelas-kelas mempelajari teknik dan alunan taranum.

“Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan minat anak-anak kecil untuk me-nyertai tilawah al-Quran dan siapa tahu suatu hari nanti kita dapat melahirkan qari dan qariah kecil yang mampu menyaingi qari dan qariah dewasa di peringkat antarabangsa, begitu juga dengan festival nasyid di kalangan anak muda,” ujarnya.

Advertisement