Anda di sini

Tiga maut motosikal dirempuh MPV di Johor

JOHOR BAHARU: Tiga maut apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Km41 Jalan Pontian-Johor Baharu berhadapan Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas dekat sini semalam.

Mereka yang maut ialah Md Hisham Md Khalil, 41, beralamat di Kampung Jeram Batu dan Ang Kim Seng, 58, serta adiknya Ang Kim Sai, 50.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zahaliman Jamin berkata kemalangan dilapor pada jam 6.40 pagi ketika ketiga-tiga mereka yang menaiki dua motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura dan Tanjung Pelepas Gelang Patah.

“Kenderaan MPV itu pula, yang dipandu seorang wanita dilapor dalam perjalanan ke Pontian dari arah Johor Baharu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. — Bernama