Anda di sini

Rangka punggung ditemui di pantai

Advertisement

ROMPIN: Rangka bahagian punggung manusia yang berseluar dalam ditemui di Pantai Tanjung Pahang, dekat sini.

Rangka itu ditemui seorang penduduk kampung Pantai Tanjung Pahang, ketika  dia berjalan-jalan di kawasan pantai itu kira-kira 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata polis kini melakukan siasatan terperinci terhadap rangka itu.

“Besar kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes lemas sebelum ini atau orang hilang yang belum dijumpai.

“Rangka itu dihantar ke unit forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk ujian DNA,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sehubungan itu Johari meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga dan pernah membuat laporan kehilangan anggota keluarga supaya segera menghubungi Balai Polis Tanjung Gemok di talian 09-4132999. — Bernama

Advertisement