Anda di sini

Polis rampas 43 buah kotak bunga api dan mercun

Advertisement

MERCUN: Salah seorang anggota polis meneliti kotak mercun dan bunga api yang disembunyikan di rumah berkenaan.

SIBU: Polis merampas 43 buah kotak berisi bunga api dan mercun seberat kira-kira 500 kilogram yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Selain itu, polis turut menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Terdahulu, sepasukan polis melakukan serbuan mengejut ke sebuah rumah kayu di Jalan Salim, di sini sekitar jam 2.30 petang kelmarin.

Semua barang tersebut ditemui disebunyikan di bahagian dapur dan bawah tangga.

Selain itu, barang tersebut turut ditemui di dalam dua rumah berkenaan selepas polis bertindak memecahkan bahagian pintunya.

Advertisement