Anda di sini

Ngap Sayot hadapi ujian getir

Advertisement

Jentera serangan S’wak ‘tempang’ dengan ketiadaan penyerang import, Muamer Salibasic

KUCHING: Ketua juru­latih Sarawak, Robert Alberts membayangkan pasukan bimbingannya bakal berdepan laluan sukar apabila menentang Pulau Pinang dalam aksi Piala FA 2014 di Stadium Negeri, di sini malam ini.

Beliau ber­kata, jentera serangan Sarawak agak tem­pang den­gan ke­ti­ad­aan penyerang import, Muamer Salibasic yang menga­lami kecederaan ketika bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sabtu lalu.

“Kita kehi­langan Mua­mer (Sali­basic) yang mengalami kecederaan dan mungkin merencatkan sedikit jentera serangan kita,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, Alberts berkata pasukannya masih mempunyai pilihan untuk menggantikan Muamer sama ada menurunkan pe­main import dari Iran, Ali­reza Abbasfard atau bekas penyerang kebangsaan, Ak­mal Rizal Ahmad Rakhli.

“Sentuhan jaringan dari­pada pemain Serbia (Mi­lorad Janjus) tetap ditagih untuk memastikan kita mampu menjaringkan se­berapa banyak gol sekali gus meraih kemenangan,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan den­gan Pulau Pinang, Alberts berkata, ia pasti menjan­jikan suatu pertemuan yang sengit memandangkan pas­ukan dari Utara itu merupa­kan juara Liga FAM.

“Kita telah menyaksikan kemampuan Pulau Pinang menjuarai Liga FAM, selain prestasi memberangsang­kan skuad itu ketika aksi persahabatan sebelum ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurut Alberts pasukannya akan sentiasa berwaspada dengan ancaman Pulau Pinang.

“Kita tidak akan mengam­bil mudah pertembungan menentang Pulau Pinang dan kita akan membariskan kesebelasan terbaik dalam aksi ini,” katanya.

Sarawak berkemungkinan besar membariskan pemain seperti Sani Anuar Kamsani selaku penjaga gol manakala benteng pertahanan dike­mudi Gabor Gyepes, Mohd Hairol Mokhtar, Ronny Harun dan Ramesh Lai.

Jentera tengah bakal men­yaksikan gandingan Mohd Lot Abu Hassan, Reeshafiq Alwi, Joseph Kalang Tie dan Ashri Chuchu.

Manakala jentera seran­gan Sarawak akan diterajui Milorad Janjus dan Alireza Abbasfard.

Selepas perlawanan me­nentang Pulau Pinang, Sarawak akan menanti kunjungan Kelantan dalam aksi Liga Super 2014 pada 25 Januari (Sabtu) ini.

 

Advertisement