Anda di sini

Golongan kurang bernasib baik di M’sia diraikan

Advertisement

SELAMAT TAHUN BAHARU: Cecilia (tengah) merakam kenangan bersama kanak-kanak daripada Rumah Perlindungan Kanak-kanak Salvation Army Kuching.

KUCHING: Magnum 4D Berhad (Magnum) membawa kecerian kepada 13,500 golongan kurang bernasib baik di seluruh negara termasuk daripada 39 rumah kebajikan di Sarawak menerusi program MagnumCare sempena Tahun Baharu Cina.

Kesemua mereka menerima hadiah istimewa termasuk limau mandarin dan angpau selain kemeja-T dan banyak lagi.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan Magnum Beh Swan Swan berkata, bagi tahun ini sejumlah RM700,000 diperuntukkan bagi diagihkan menerusi program MagnumCare.

“Pemberian angpau TBC merupakan antara aktiviti di bawah program MagnumCare ini dan kami berharap usaha yang dijalankan ini menjadi contoh kepada masyarakat lain untuk bersama-sama melakukan kerja-kerja amal.

“Malah, kami berharap ia dapat memberi kecerian dan kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik selain mengukuhkan semangat bersatu,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Dalam program itu, Beh memberitahu bahawa pihaknya juga menyumbang barang keperluan berupa tilam, barang elektrik dan sebagainya kepada rumah-rumah kebajikan bagi menggantikan barang yang lama.

“Usaha ini adalah titik permulaan bagi program amal di bawah CSR kami untuk tahun ini kerana CSR MagnumCare mempunyai empat kata kunci utama iaitu Caring, Sharing, Sustainable dan Impactful,” jelasnya.

Selain itu, menurutnya MagnumCare juga menyumbang empat bahagian utama untuk masyarakat iaitu perubatan, kebajikan, pendidikan dan kebudayaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai CSR MagnumCare orang ramai boleh melayari www.magnumcares.my.

Majlis pengagihan sumbangan itu semalam disempurnakan oleh Penolong Pemasaran ENE (East Malaysia) Sdn Bhd Cecilia Chai.

Advertisement