Anda di sini

Lorient menang 2-0 ke atas Guingamp

Advertisement

PARIS, Perancis: Lori­ent menjaringkan dua gol awal untuk menewaskan Guingamp 2-0 dalam per­lawanan tetangga Brittany manakala kekalahan 2-0 di Nice mengekalkan Ajaccio di tempat tercorot Ligue 1 pada sabtu lepas.

Yann Jouffre dan Kevin Monnet-Paquet menjar­ingkan gol untuk Lorient masing-masing pada minit kelapan dan ke-12 untuk memberi penguasaan kepada pasukan Christian Gourcuff dan mereka bertahan untuk naik ke separuh atas liga.

Christian Bruls menjaring­kan gol selepas hanya lima sahaja di Nice untuk memas­tikan Ajaccio terus terpacak di bahagian bawah liga.

Dario Cvitanich meleng­kapkan kemenangan dengan satu gol dalam masa keced­eraan manakala Ajaccio jatuh kepada 12 mata di bawah zon selamat.

Ia juga kisah yang menye­dihkan bagi Sochaux, yang tewas 2-0 di halaman sendiri kepada juara 2012 Montpel­lier dan terus terpacak dalam masalah penyingkiran.

Mereka berada hanya dua mata sahaja di atas Ajaccio dan 10 mata dari zon selamat.

Anthony Mounier mem­buka jaringan bagi Montpel­lier selepas 19 minit sebelum Nathan Sinkala dibuang dari padang bagi pasukan tuan ru­mah 11 minit sebelum waktu rehat.

Siaka Tiene menjamin ke­menangan yang amat pent­ing di tempat lawan bagi Montpellier dengan satu gol 16 minit sebelum tamat apa­bila pasukan pantai selatan itu naik empat mata di atas zon penyingkiran.

Dalam perlawanan lain Bas­tia menewaskan Bordeaux 1-0 manakala Rennes dan Evian seri tanpa jaringan. — AFP

Advertisement