Anda di sini

Tun Salahuddin akan hadiri majlis ‘Gift of Love’ esok

Advertisement

MIRI:Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan menghadiri majlis ‘Gift of Love’ anjuran Hotel Mega pada 20 Januari ini.

Pengurus Komunikasi Mega merangkap pengerusi pengelola majlis Jenny Chen memberitahu, majlis diadakan untuk meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama 160 kanak-kanak dan warga emas di kalangan golongan memerlukan di sini.

Mereka terdiri daripada kanak-kanak istimewa dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Jagaan Harian Sunflower Bulan Sabit Merah, pesakit autisme dan kanser di bawah jagaan Persatuan Autistik Miri dan Persatuan Pesakit Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) Miri serta warga emas dari Rumah Jagaan Warga Emas Miri.

“Aktiviti ini merupakan projek CSR (tanggungjawab sosial korporat) kami, iaitu memberi balik kepada penduduk,” jelas Jenny sambil menambah bahawa ia juga merupakan aktiviti kedua mereka.

Mereka akan menerima angpau dan sumbangan Tahun Baharu Cina yang akan disampaikan oleh Tun Salahuddin.

Turut dijangka hadir ialah Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.

Advertisement