Anda di sini

Pahang benam Lions XII 1-0 untuk julang Piala Sumbangsih

Advertisement

KUANTAN: Pahang menunjukkan satu permainan memuaskan dengan berjaya menjulang trofi pertama yang mempunyai kaitan sentimental dengan pasukan itu dalam saingan musim baharu Liga Malaysia.

“Piala ini amat sentimental buat saya dan penyokong Pahang kerana Piala Sumbangsih merupakan piala ayahanda saya yang juga buat pertama kali (perlawanan ini dapat) bermain di Stadium Darul Makmur,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selepas Pahang berjaya menewaskan Lions XII, 1-0 di sini, malam kelmarin.

Katanya, beliau turut berpuas hati dengan cara pengendalian jurulatih baharu skuad Tok Gajah, Ronald Smith dalam langkah permulaan musim baharu dengan kerjasama yang baik ditunjukkan oleh pasukan dari Pantai Timur itu.

Abdul Rahman juga melahirkan keyakinan terhadap barisan pemain dan jurulatih bagi membentuk kerjasama berpasukan yang lebih rapi dan licin walaupun pasukan itu mempunyai beberapa pertukaran pemain baharu selepas kejayaan menjulang Piala Malaysia musim lepas.

Dalam pada itu, beliau juga menetapkan sasaran buat pasukan Pahang untuk sekurang-kurangnya berjaya mempertahan gelaran juara untuk Piala Malaysia musim 2014.

Katanya, dengan adaya beberapa penampilan muka baru di dalam skuad itu diharap Pahang akan dapat mewujudkan tentangan yang lebih hebat pada saingan Liga Malaysia.

Pahang mengorak langkah kanan dalam saingan Liga Malaysia selepas berjaya menjulang trofi pertama dalam perlawanan Sumbangsih bagi merebuat Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan juara Liga Super 2013, Lions XII hasil jaringan tunggal pemain import kelahiran Argentina,

Martias Ruben Conti yang juga menyambut kelahirannya ke-24 tahun kelmarin.

Kemenangan itu memberi tiga mata berharga buat Pahang bagi permulaan saingan Liga Super musim 2014. — Bernama

Advertisement