Anda di sini

Maraton Kuching sempena TMM 2014, 17 Ogos

Advertisement

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) buat julung kalinya mengadakan Maraton Kuching 2014 dengan kerjasama Persatuan Maraton Kuching (KMA) pada 17 Ogos 2014.

Acara yang bermula pada jam 6 pagi di Padang Merdeka itu adalah sebagai pengisian kalendar Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dan Tahun Melawat Sarawak (TMS).

Pendaftaran awal akan dibuka pada 21 hingga 28 Januari ini dan mereka mendaftar akan diberikan diskaun.

Manakala 300 peserta pertama yang mendaftar pada 21 Januari (Selasa) di Plaza Merdeka untuk kategori Larian Sejauh 42km dan 21km akan mendapat baju sukan Maraton Kuching 2014 tajaan Trinity Hub secara percuma.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah Kategori A iaitu Larian Sejauh 42.195km bagi lelaki/wanita (terbuka), lelaki/wanita veteran (45 tahun ke atas) dan lelaki/wanita kebangsaan.

Kategori B (Larian Sejauh 21km) untuk lelaki/wanita (terbuka) dan lelaki/wanita veteran (45 tahun ke atas).

Kategori C (Larian Sejauh 10km) bagi lelaki/wanita terbuka (15 tahun ke atas) dan Kategori D (Larian Sejauh 5km) bagi lelaki/wanita terbuka (15 tahun ke atas).

Bagi mereka yang berminat mendaftarkan diri di Plaza Merdeka pada 21 Januari selain melayari laman web Maraton Kuching 2014 di www.marathonkuching.com, yang dilancarkan pada hari tersebut.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Noraini Karim Abdillah di Bahagian Perhubungan dan Pembangunan Komuniti

(CRD) DBKU di talian 082-446688 sambungan 131 atau 132.

Advertisement