Anda di sini

KM bakal hadiri Rumah Terbuka SUPP 31 Jan

Advertisement

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijadual menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada hari pertama sambutan berkenaan.

Setiausaha Agung SUPP Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, Ketua Menteri akan tiba di Dewan Saati, Ibu Pejabat SUPP di sini pada jam 10 pagi, 31 Januari.

Beliau turut mempelawa orang ramai agar berkunjung ke majlis tersebut.

Advertisement