Anda di sini

600 lagi sistem tagal bakal diwujudkan di Sabah: Yahya

Advertisement

KOTA KINABALU: Sebanyak 600 lagi sistem tagal akan diwujudkan di sungai-sungai di seluruh Sabah dalam tempoh dua tahun akan datangsebagai strategi serampang dua mata dalam memulihara sungai dan melindungispesies hidupannya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata jumlah itu adalah tambahan kepada 511 sistem tagal sedia di negeri ini, yang dilaksanakandengan kerjasama Jabatan Perikanan dan penduduk setempat.

“Saya berharap semua sungai yang terdapat di Sabah ini mengadaptasikan sistem tagal agar ia menjadi bersih dan (sumber perikanan sungai) seperti ikandan udang terus terjamin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Tagal Sungai Petagas di sini semalam.

Pada majlis itu, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah melepaskan lebih 7,000 benih ikan dan udang terdiri daripada siakap, udanggalah dan ikan ketutu.

Sistem tagal merupakan satu pendekatan tradisional penduduk Sabah dalam memulihara sumber perikanan sungai. Melalui sistem itu, tiada sesiapapun dibenarmenangkap ikan di kawasan sungai tertentu yang ditagalkan.

Sesiapa yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan sogit (denda) oleh Ketua Kampung atau Ketua Daerah berdasarkan Enakmen Perikanan Darat & Akuakultur Sabah 2003.

Yahya berkata melalui sistem tagal penduduk sesebuah kawasan akan bersama-sama menguatkuasakan peraturan tagal termasuk tidak membenarkan tangkapan ikan dalam tempoh tertentu serta memastikan sumber perikanan sungai tidak diancam sebarang bentuk pencemaran seperti sampah.

Berkenaan Sistem Tagal Sungai Petagas sepanjang tiga kilometer dan berhampiran muara Sungai Petagas, Yahya berkata ia melibatkan tujuh kampung di Daerah Putatan dan berharap ia boleh diperluaskan ke arah hulu sungai itu.

Yahya turut menyerahkan sebuah bot dan satu unit enjin sangkut untuk kegunaan anggota jawatankuasa tagal Sungai Petagas memantau kawasan tagal. — Bernama

Advertisement