Anda di sini

ESSCOM gagalkan cubaan seludup minyak bersubsidi

Advertisement

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar minyak bersubsidi di perairan Sibangkat, Semporna kelmarin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di bawah pengawasan ESSCOM yang bertugas di kawasan itu menahan sebuah bot pada jam 11.45 malam sarat dengan muatan 13 gelen minyak petrol dan 13 tong gas berisi (Petronas 14kg).

Beliau berkata selain minyak petrol dan tong gas, anggota PGA merampas bot yang digunakan bagi menyeludup barangan berkenaan.

“Anggota PGA itu juga menahan dua lelaki, dipercayai pendatang tanpa izin, yang menaiki bot berkenaan. Semasa pemeriksaan, mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

“Barangan bersubsidi dalam bot itu dipercayai hendak diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan semalam. — Bernama

 

Advertisement