Anda di sini

Mitchell puas hati gabungan pemain tempatan, import Kedah

Advertisement

ALOR SETAR: Ketua ju­rulatih skuad Kedah, Dave Stuart Mitchell berpuas hati dengan gabungan pemain tempatan dan import yang be­liau miliki bagi mengharungi Liga Perdana musim ini.

“Saya fikir kami mem­punyai pemain yang baik, tempatan dan asing. Saya gembira dengan latihan yang telah kami jalani,” katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan pemain dan penaja pasukan Liga Perdana dan Piala Presiden 2014 Ke­dah di perkarangan Stadium Darul Aman di Alor Setar, semalam.

Mitchell, 52, yang merupa­kan bekas pemain Selangor selama dua tahun mulai 1995 turut berbangga dengan Per­satuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang merekrut pemain muda sebelum ini untuk di­jadikan pemain pelapis.

Beliau yang pernah bermain dan menjadi jurulatih ke­pada beberapa kelab Australia menyebut nama Khairul Hel­mi Johari dan Badrol Bakhtiar sebagai pemain pilihan kerana mempunyai daya kesung­guhan dan boleh bermain di posisi tengah.

Kira-kira 3,000 penyokong membanjiri majlis tersebut yang turut dilakukan acara pelancaran logo baharu skuad Kedah oleh Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Presiden KFA.

Beliau turut menerima tajaan RM3 juta daripada Perbadan­an Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), RM2 juta daripada Syarikat Air Darul Aman (Sada) dan RM250,000 daripada Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd. — Bernama

Advertisement