Anda di sini

Lima teratas idaman Ngap Sayot

Advertisement

TERTAWAN: Para pemain dan pegawai pasukan bola sepak Sarawak tertawan melihat gelagat Orang Utan Seduku dan anaknya, Ganya.

ALBERTS

Alberts tetapkan sasaran itu ketika jalani kem motivasi di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

KUCHING: Sarawak menyasarkan lima tempat teratas pada kempen Liga Super 2014 yang akan disingkap tirainya bermula 18 Januari ini (Sabtu).

Sasaran itu ditetapkan ketika skuad menjalani kem motivasi selama dua hari di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Borneo Highland Resort (BHR) dan Kampung Semadang, Penrissen kelmarin.

Ketua Jurulatih, Robert Alberts berkata, skuad turut menyasarkan jaringan sebanyak 30 gol selain memastikan gawang tidak dibolosi melebihi 20 gol sepanjang kempen.

“Fokus utama kita pada musim ini adalah untuk memperbaiki pencapaian pada kempen Liga Super dengan mensasarkan lima tempat teratas.

“Selain itu, kita juga mahu memperbaiki pencapaian dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia,” katanya semasa dihubungi semalam.

Menyentuh mengenai peluang Sarawak dalam saingan Piala FA yang akan bermula pada Selasa depan, Alberts berkata skuadnya bakal berdepan laluan berliku.

“Berdasarkan jadual perlawanan, kita lebih banyak bertandang ke tempat lawan. Justeru, saya melihat laluan kita agak sukar namun skuad telah bersedia untuk memberikan cabaran.”

Beliau juga berharap anak didiknya mampu memper baiki pencapaian pada saingan Piala Malaysia setelah mereka berjaya melangkah ke separuh akhir pada kempen musim lalu.

Tegas Alberts lagi, beliau bersikap realistik mengenai peluang Sarawak untuk merangkul sebarang gelaran pada musim ini.

“Sudah menjadi budaya dalam Liga Malaysia di mana setiap pasukan meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran pada setiap musim.

“Bagi saya, jika Sarawak mampu memintas pasukan seperti Kelantan dan Singapura selain berada dalam kelompok lima pasukan teratas pada musim ini, ia satu pencapaian yang cukup baik.”

Dalam pada itu, Sarawak Reshafiq Alwi dan Sani Anuar Kamsani.

Sarawak akan memulakan kempen Liga Super 2014 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada Sabtu ini.

Mereka kemudiannya melayan kunjungan Pulau Pinang pada aksi pertama Piala FA di Stadium Negeri pada Selasa depan (21 Januari).

melantik Joseph Kalang Tie sebagai kapten pertama diikuti Ronny Harun, Hairol Mokhtar,

Advertisement