Anda di sini

Jomlah sertai ‘MyKids Soccer’ di SK Bandar Baru Samariang

Advertisement

KUCHING: Kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun berminat dalam bola sepak dipelawa mendaftarkan diri dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara, ‘MyKids Soccer’ bagi Zon Sarawak pada 21 Januari (Selasa) di SK Bandar Baru Samariang di sini.

Salah seorang jurulatihnya, Edward Dolman Suji berkata latihan dimulakan pada jam 3 petang dan murid-murid yang datang pada hari berkenaan harus ditemani ibu bapa masing- masing.

Katanya, ‘MyKids Soccer’ adalah program pembangunan bola sepak bersepadu dengan misi membina sebuah pasukan kebangsaan yang mampu melayakkan diri ke Piala Dunia Belia Bawah 17 tahun FIFA 2019 dan mencungkil bakat di peringkat akar umbi.

Tambah Edward, para peserta harus mengambil peluang ini memandangkan kemasukan adalah percuma dan mereka akan dilatih oleh pasukan pelatih berkelayakan.

Beliau berkata, program itu juga mengalu- alukan sukarela yang mahu membantu melatih penjaga gol muda.

Program berkenaan merupakan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jabatan Pelajaran.

Terdapat 14 buah pusat bagi program seluruh negara termasuk di SK Bandar Baru Semariang.

Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Ketua Jurulatih, Hazry Abdullah di talian 013-8258856 atau Zaim (019-4597774), Edward (013-8063169), Reynold Rendy Sator (012-8374350), Mohamad Dino Khairil Bujang (019-8789906), Mohamad Tarmigi Sabil (0111-9863131), Samsudin Mohd Tahar (013-5781972) dan Nur Azlan Mohidin (016-5767249).

Advertisement