Anda di sini

200 perenang berkampung di Miri

Advertisement

BERBAKAT: Para perenang sedang menjalani latihan di Kolam Renang Awam Miri.

MIRI: Seramai 200 orang perenang dari Miri dan Brunei berkampung di sini bagi menyertai Kejohanan Renang Kumpulan Umur 2014 pada 25 dan 26 Januari ini.

Kejohanan itu dianjurkan buat kali ke-17, merupakan anjuran Persatuan Renang Amatur Bahagian Miri (MASA) dan diadakan di Kolam Renang Awam Miri.

Jurucakap penganjur, Jacquelyn SY Pang-Kulay berkata sebanyak sembilan pasukan mengesahkan penyertaan masing-masing untuk mengambil bahagian pada kejohanan dua hari itu.

Mereka terdiri daripada tiga pasukan dari Miri dan enam dari negara jiran, Brunei Darusalam.

Katanya, MASA merupakan kontinjen terbesar dengan menghantar seramai 73 orang perenang, manakala dua pasukan lain dari Miri iaitu Kelab Renang Pujut Miri (KRPM) menghantar seramai 27 perenang dan Tenby International School, Miri juga menghantar sejumlah besar wakil.

Manakala enam pasukan dari Brunei terdiri daripada Brunei Speedo Swimming Club menghantar empat perenang, Dolphin Swimming Club (15), MICIA (13), SRT (9), Jerudong Swimming Club (30) dan Panaga Stingrays (9).

Menurut Jacquelyn, kejohanan tersebut dibahagikan kepada enam kategori utama iaitu terbuka – 800m Gaya Bebas (wanita) dan 1500m (lelaki); Kumpulan 1, 2 & 3 (lelaki dan wanita) – Gaya Bebas (50m, 100m, 200m dan 400m), Kuak Lentang, Kuak Dada dan Kuak Kupu-Kupu (50m, 100m dan 200m).

Tiga lagi kategori iaitu acara rampaian individu (200m dan 400m), berganti-ganti (4x100m Gaya Bebas (seorang perenang dari setiap kumpulan umur 1-4) dan berganti-ganti (4x100m rampaian (seorang perenang dari setiap kumpulan umur 1-4).

Manakala acara bagi Kumpulan 4 (lelaki dan wanita) adalah Gaya Bebas (50m, 100m, 200m), Kuak Lentang, Kuak Dada dan Kuak Kupu-Kupu (50m dan 100m) dan rampaian individu (200m).

Sementara bagi Kumpulan 5 (lelaki dan wanita) adalah Gaya Bebas (50m, 100m), Kuak Lentang, Kuak Dada dan Kuak Kupu-Kupu (50m) dan berganti-ganti – 4x50m Gaya Bebas.

Tiga pemenang teratas dalam setiap acara masing- masing akan menerima medal dan sijil pencapaian manakala yang lain menerima sijil penyertaan.

Selain itu, pihak menganjur turut memberi anugerah kepada Lelaki/Perempuan Terbaik Kategori bagi Kumpulan 1-5.

Objektif utama kejohanan tersebut adalah salah satu usaha mempromosikan renang sebagai sukan kompetitif, mencari bakat terpendam serta meningkatkan hubungan kerjasama di antara pasukan yang bertanding.

Advertisement