Anda di sini

Remaja perempuan trauma selepas dirompak

Advertisement

KUCHING: Seorang re­maja perempuan ditemui masih dalam keadaan trau­ma selepas dirompak ketika berjalan menuju ke kedai di kawasan perumahan di Tabuan Jaya, di sini petang semalam.

Mangsa yang hanya dike­nali sebagai Fatin berusia 14 tahun itu memberitahu, dia bersama adik lelakinya semasa kejadian telah di­datangi dua lelaki tidak dikenali iaitu sekitar jam 3.20 petang.

Menurutnya, seorang daripada lelaki tersebut yang bersenjatakan pisau telah memintanya meny­erahkan dompet kepada mereka jika tidak mahu dicederakan oleh mereka.

“Saya enggan mem­berikan dompet saya ke­padanya menyebabkan dia marah lalu menumbuk saya di kepala selain men­gacukan pisau ke leher saya sehingga menyebab­kan luka,”katanya ketika ditemui pemberita.

Mujur kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa orang awam menyebabkan kedua-dua suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi suspek apabila seorang daripada mereka dilanggar sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut menyebabkan dia terpelanting beberapa me­ter dari tempat kejadian.

Suspek yang cedera itu kemudian ditahan oleh orang awam sebelum dis­erahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara dalam satu ke­jadian berasingan, seorang lelaki ditahan polis selepas didapati menceroboh se­buah rumah yang baharu siap dibina di BDC, di sini petang kelmarin.

Menurut sumber, sus­pek semasa kejadian ber­sama tiga lagi rakannya memasuki rumah tersebut tanpa kebenaran dan dili­hat berada dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis yang menjalankan rondaan.

Tiga rakan suspek itu bagaimanapun sempat melarikan diri dari tempat kejadian.

Suspek yang ditahan itu kemudian dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Advertisement