Anda di sini

Rakyat di kawasan Baram bebas berpolitik demi masa depan yang cerah

Advertisement

TERIMA KASIH: Dennis (depan, empat kiri) menerima borang permohonan keahlian daripada Simpson (empat kanan) sambil disaksikan oleh Robert (tiga kiri) di Baram.

MIRI: Rakyat di kawasan Baram adalah bebas untuk berpolitik demi kecerahan masa depan masyarakat yang tinggal di kawasan ber-kenaan.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata setakat ini tidak ada parti politik lain yang seikhlas Barisan Nasional (BN) membangunkan kawasan itu.

“Semua komponen BN Sarawak telah terbukti membawa perubahan positif dan peningkatan taraf hidup di Baram dan Telang Usan sejak kemerdekaan,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Long Tungan anjuran PBB Ranting Lio Mato-Moh di sini.

Menurutnya, penglibatan politik adalah sesuatu yang amat perlu dan harus dihargai oleh rakyat di Baram seperti dilakukan oleh Temenggung Datuk Oyong Lawai Jau pada suatu ketika dahulu.

Mengenai cemuhan negatif dilemparkan kepada kerajaan BN yang ingin membawa perubahan ke aras baharu di Baram, ia sebenarnya adalah sesuatu yang kerap diputarbelitkan boleh pihak tidak bertanggungjawab.

“BN membawa perubahan adalah secara keseluruhan aspek dan bukan sahaja secara langsung, juga melalui sya-rikat-syarikat dan organisasi lain,” jelasnya.

Dennis turut memberitahu bahawa masa depan Telang Usan secara umumnya adalah terletak kepada usaha rakyat di kawasan berkenaan.

“Apa yang harus kita takuti dalam menghadapi masa depan adalah bagaimana menghadapi diri sendiri, iaitu sesuatu yang tidak bernama atas sesuatu tindakan tidak bersebab dan perlakuan atau keberanian tidak bertempat,” katanya.

Beliau turut berpesan supaya ketua-katua masyara-kat sentiasa kekal bersema-ngat menjalankan kewajipan mereka dan pada masa sama bebas daripada krisis peng-urusan.

Pada majlis sama, Dennis menerima 201 borang keahli-an untuk PBB Ranting Lio Mato-Moh daripada lima rumah panjang di kawasan berkenaan.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri me-rangkap Timbalan Pengerusi PBB Telang Usan Robert Laing Anyie, Pengerusi PBB Ranting Lio Mato-Moh Simpson Njock Lenjau dan Ketua Masyarakat Kenyah-Baram Temenggung Joseph Ngau Lian.

Advertisement