Anda di sini

PTNS melarang atletnya wakili negeri lain

Advertisement

KUCHING: Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS) tidak akan memben­arkan mana-mana atlet mere­ka mewakili negeri lain pada SUKMA XVII di Perlis.

Presidennya, Mohd Salleh Sani berkata adalah tidak adil dan satu kerugian bagi Sarawak sekiranya atlet negeri menyertai pasukan lain.

“Kita telah membelanjakan banyak wang dengan meng­hantar atlet berlatih ke luar negara. Selain itu, persatuan juga telah mengorbankan banyak masa untuk memben­tuk atlet ini dari kecil hingga dewasa.

“Justeru, adalah tidak adil bagi kontinjen Sarawak sekiranya atlet-atlet ini dibe­narkan mewakili negeri lain pada SUKMA nanti,” ka­tanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Mohd Salleh, atlet-atlet ini dipancing oleh pasukan-pasukan lain ketika mereka menyambung penga­jian di luar Sarawak.

Sebelum ini, beberapa negeri dilaporkan berhasrat untuk mengambil atlet-atlet Sarawak bagi mengharungi SUKMA XVII di Perlis yang akan berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Peraturan SUKMA mem­benarkan mana-mana atlet menyertai negeri lain dengan syarat kedua-dua Majlis Su­kan Negeri (MSN) mencapai persetujuan.

Sementara itu, seramai 40 atlet berusia 16-21 ta­hun mewakili pelbagai ke­lab taekwondo dari seluruh negeri mula menyertai sesi pemilihan bagi menghadapi SUKMA edisi ke-17.

Daripada jumlah itu, 16 at­let akan dipilih untuk mewak­ili Sarawak dan mereka akan dihantar menjalani latihan di beberapa tempat di dalam dan luar negeri.

Sarawak dinobatkan juara keseluruhan dalam acara taekwondo pada SUKMA XV di Pahang pada 2012 setelah merangkul empat emas, dua perak dan dua gangsa.

Advertisement