Anda di sini

Penduduk minta kerajaan segera bahagi lot tanah

Advertisement

BETONG: Penduduk Kam­pung Melayu di sini meng­gesa kerajaan menyegerakan pembahagian lot tanah bagi tapak kediaman untuk pembesaran kampung se­bagaimana yang disuarakan di beberapa majlis rasmi oleh pemimpin Sebelum ini.

Pelbagai situasi dan andaian masyarakat setempat beriku­tan kelewatan pihak ber­wajib membahagikan tapak lot tanah untuk pembinaan rumah penduduk Kampung Melayu sebagaimana yang dijanjikan.

Meskipun Rancangan Te­batan Banjir (RTB) Betong kini dalam pembinaan bagi kedua-dua fasa namun pen­duduk semakin merasakan bahawa harapan untuk memi­liki tapak lot bagi mendiri­kan rumah sebagaimana dijanjikan semakin ‘kabur’ berikutan pembangunan yang dirancang.

Penduduk yang ditemui berasa kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menabur pelbagai janji dengan harapan penduduk percaya bahawa tapak tersebut akan menjadi milik mereka suatu hari nanti tetapi hingga kini semuanya hanya tinggal harapan.

“Sejak tapak yang dijanjikan dan diuar-uarkan hanya untuk penduduk Kampung Melayu, kami mengharapkan ia di­laksana dengan cepat tetapi seakan mimpi buat kami.

“Malah, janji yang ditabur oleh pemimpin berterusan seakan-akan tidak berpeng­hujung.

“Apatah lagi dengan pem­bangunan yang sedang di­jalankan bakal merubah kawasan yang dibangunkan dan situasi dilihat berpotensi untuk menjadikan kawasan yang dijanjikan menerima perubahan dalam pelbagai keadaan.

“Penduduk perlu segera membina rumah kerana harga bahan binaan dan seumpama semakin meningkat hari demi hari.

“Harga bahan binaan yang melambung tinggi akibat kesan kenaikan harga barang membebankan rakyat, justeru pembahagian lot perlu dilaku­kan lebih awal agar penduduk dapat merancang membeli bahan binaan apabila mereka sudah mempunyai tapak.

“Bagi yang berpendapatan tetap sekalipun pasti sukar dengan kesan lonjakan harga bahan binaan apatah lagi mereka yang mengharapkan kerahan tulang empat kerat untuk mencari nafkah.

“Apa lagi kalau setiap tapak lot juga terpaksa mengeluar­kan bayaran tertentu untuk mendapatkannya pasti beban bakal pemilik bertambah.

“Keadaan ini sedikit se­banyak mempengaruhi keti­dakpercayaan rakyat kepada kepimpinan yang menabur­kan pelbagai janji kepada mereka.

“Tidak mustahil ini akan memberi peluang kepada sesetengah pihak berkepent­ingan politik untuk meracuni pemikiran rakyat,” katanya.

Gusar dengan keadaan yang berlaku, rungutan pen­duduk kampung disuarakan menerusi media berikutan banyak kawasan lain yang dijanjikan telah menerima hak pemilikan daripada kera­jaan.

“Kami berharap kerajaan menyegerakan pembahagian tapak lot kepada penduduk di sini untuk kemudahan penempatan dan masa depan yang lebih meyakinkan.

“Ini kerana tidak semua penduduk kampung berke­mampuan memiliki rumah sendiri disebabkan ketiadaan tapak tanah untuk mendiri­kan kediaman mereka.

“Dengan pembahagian lot lebi awal sekurang-kurangnya kami dapat bersedia dengan bahan binaan untuk mendiri rumah masing-masing atau merancang bagaimana untuk mengusahakannya kelak,” katanya.

Advertisement