Anda di sini

Pekerja feri ditemui mati ditembak, dipercayai bunuh diri

Advertisement

MARUDI: Seorang pekerja di Feri Long Lama dekat sini, ditemui mati ditembak menggunakan senapang patah di rumahnya di Kampung Kayan, Long Lama, pagi semalam.

Mangsa, Ayang Anyie, 55, berbangsa Kayan dan be­rasal dari Long Lama, disyaki membunuh diri menggunakan senapang patah miliknya itu, di bahagian dapur rumahnya, sekitar jam 11.30 pagi.

Menurut sumber terdekat, mangsa yang bekerja sebagai pengutip bayaran di feri tersebut yang menyediakan perkhidmatan menyeberangi Sungai Baram, di pekan Long Lama telah mengambil cuti dua hari bermula Isnin.

Menurut ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa, mereka tidak mengetahui sebarang motif kenapa mangsa bertindak menembak diri dengan senapang patahnya dan menyerahkan­nya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Sementara itu, mayat mang­sa telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Mangsa meninggalkan se­orang isteri dan empat anak iaitu dua lelaki dan dua per­empuan, yang berusia antara 30 hingga 9 tahun.

Anak bongsunya, seorang lelaki masih belajar di tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Long Lama.

Advertisement