Anda di sini

Operasi lori hantu akan dibanteras

Advertisement

KDN bincang dengan Kementerian Pengangkutan cara mengatasinya

KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berbincang dengan Ke­menterian Pengangkutan berhubung mekanisme ter­baik bagi membanteras lori-lori hantu yang dika­takan berleluasa di Jalan Bakun-Tatau.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tin­dakan tegas perlu diambil sekiranya berjaya dikesan memandangkan ia bukan sa­haja menyusahkan pengguna jalan raya malah merosakkan kemudahan bernilai RM600 juta itu.

“Saya akan berhubung dengan Kementerian Pen­gangkutan dalam memban­teras perkara ini, saya yakin mereka ada undang-undang tertentu untuk menangkap dan mengambil tindakan terhadap lori ini.

“Kalau dapat tangkap, simpan sahaja (lori)… jan­gan beri balik sebab ia tidak berdaftar,” katanya ketika ditemui di Taman Sepakat Jaya II, Demak Laut, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan The Borneo Post mengenai lori tidak berdaftar yang dikenali sebagai lori hantu yang masih berleluasa di Jalan Bakun-Tatau me­skipun banyak aduan telah dibuat.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Belaga menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, menyeru pihak berkuasa bertindak kerana lori-lori itu boleh mengundang ba­haya kepada pengguna jalan raya.

“Lebih baik jika JPJ men­ubuhkan tempat pemeriksaan atau pos kekal untuk meman­tau trafik.”

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong turut menyifatkan lori-lori hantu yang dioperasikan oleh syarikat pembalakan dan perladangan tidak ber­tanggungjawab itu sebagai licik.

Katanya pihak penguat kuasa undang-undang sep­erti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pen­gangkutan Jalan (JPJ) boleh memperkasakan operasi na­mun pihak tidak bertang­gungjawab itu amat licik dengan hanya beroperasi pada waktu malam.

Beliau menambah pihak polis tidak dapat hendak meletakkan fokus 100 pera­tus pada isu tersebut kerana mempunyai banyak komit­men lain.

“Saya boleh meminta pihak polis buat operasi (waktu malam) tetapi apabila pihak itu lihat polis tidak ada (op­erasi), baharulah dia buat operasi.

“Jadi berapa malam kita kena buat? Dia orang ini boleh memantau juga, hantar spy (pengintip) untuk lihat jika tidak ada polis baharu­lah dia orang buat semula,” katanya.

Justeru, beliau menyeru syarikat-syarikat yang memi­liki lori hantu itu untuk lebih bertanggungjawab.

“Pihak konsesi balak atau perladangan ini mestilah bertanggungjawab.

“Ini duit kerajaan dan duit rakyat yang dipakai untuk bina jalan demi kepentingan bersama, bukan untuk dibi­nasakan pihak lori dan balak,” katanya.

Advertisement