Anda di sini

Malaysia memerlukan Dasar Kebajikan Haiwan, kata Lee

Advertisement

SIBU: Malaysia memerlukan Dasar Kebajikan Haiwan sempurna sekiranya ingin menjadi sebuah negara maju dan masyarakat yang pen­yayang.

Penaung Persatuan Pence­gahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Malaysia perlu membina sistem penga­wasan, pengesanan dan keba­jikan haiwan untuk mencegah penganiayaan haiwan.

Lee berkata, SPCA menye­diakan Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan untuk dibawa ke Parlimen dengan seberapa segera.

Beliau berkata, undang-un­dang seperti itu sangat perlu memandangkan semakin hari semakin banyak hai­wan diabaikan dan terpaksa berjuang bagi meneruskan kehidupan.

“Saya akui ada antara hai­wan terbiar ini berjaya disela­matkan, tetapi tidak semua daripada haiwan berkenaan bernasib baik.

“Dengan adanya undang-undang sedemikian, sedikit sebanyak dapat mengurang­kan tindakan kejam terhadap haiwan yang tidak harus ber­laku dalam sebuah masyar­akat yang bertamadun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Lee, masyarakat harus menyemaikan rasa sayang terhadap haiwan terbiar demi memastikan haiwan berkenaan mampu meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi mereka yang meme­lihara haiwan, mereka juga perlu memastikan haiwan peliharaan mereka sihat dan selamat.

Ini kerana, adalah menjadi tanggungjawab mereka un­tuk membesarkan, merawat selain menjadikan haiwan peliharaan mereka sebagai sahabat.

“Sudah tiba masanya Ma­laysia melaksanakan sistem kebajikan haiwan yang stand­ard seperti diamalkan di ne­gara-negara lain,” katanya.

Advertisement