Anda di sini

Lelaki sedang kencing dirompak dua lelaki bersenjata pisau

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki di­rompak oleh dua orang lelaki bersenjatakan pisau ketika dia sedang mem­buang air kecil di tepi jalan bertentangan tanah perkuburan, Jalan Bukit Lima di sini.

Lebih malang wang tunai berjumlah RM13,000 yang dibawa mangsa dan men­jadi habuan dua perompak, bukan miliknya.

Dalam laporannya pen­gadu berumur dalam ling­kungan 30-an itu berkata dia baharu sahaja pulang selepas berhibur di sebuah kelab di Jalan Lanang, di sini sekitar jam 11 malam.

Ketika dalam perjalanan pulang melalui Jalan Bukit Lima, pengadu terasa mahu membuang air kecil memaksanya berhenti di depan tanah perkuburan Cina di situ.

Menurutnya, dia dida­tangi dua lelaki yang tidak dikenali dan mendekat­inya.

Salah seorang daripada lelaki berkenaan menge­luarkan pisau dan menga­rahkannya mengeluarkan semua barang yang ada dalam simpanannya.

Bimbang nyawanya ter­ancam, mangsa terpaksa mengeluarkan dompet termasuk wang tunai milik seorang rakannya yang berjumlah RM13,000.

Dua perompak tersebut kemudiannya memecut lari menaiki sebuah motosikal meninggalkan mangsa.

Difahamkan mangsa pergi ke Balai Polis Lanang sejurus selepas kejadian tersebut.

Rakan mangsa yang turut dimaklumkan men­genai kejadian tersebut juga pergi ke balai untuk membuat laporan beras­ingan.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Advertisement