Anda di sini

Karnival Sukan 3 RRD 2014 bermula

Advertisement

SRI AMAN: Pasukan 3 Re­jimen Renjer Diraja (RRD) Sibu menganjurkan Karnival Sukan 3 RRD 2014 di Padang Sepak Takraw 3 RRD, Sibu di sini bermula kelmarin.

Karnival itu berakhir pada penghujung Mac depan dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Batalion Keti­ga Rejimen Renjer Diraja (RRD), Leftenan Kolonel Mohd Sauffi Omar.

Mohd Sauffi menjelaskan, karnival sukan yang dianjur­kan ini disertai oleh semua peringkat warga pasukan 3 RRD.

Katanya, berbagai acara sukan dipertandingkan meli­batkan sukan teras dan su­kan bukan teras bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal serta semangat juang kalangan anggota.

Di samping itu, melahir­kan anggota aktif dan berpo­tensi dalam bidang sukan diceburi serta menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti sukan selain memilih pemain-pemain berpotensi mewakili pasukan pada pertandingan peringkat Kor RRD, Tentera Darat dan ATM,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pencapaian pada 2013 ramai kalangan anggota memper­olehi kejayaan serta menonjol yang terbaik.

Katanya, anggota 3 RRD diberi kepercayaan mewakili 9 Briged dan 1 Divisyen ke pertandingan peringkat lebih tinggi serta mengharumkan nama formasi.

“Bagi mengekal dan memastikan 3 RRD sentiasa merajai segala sukan, karni­val sukan ini mengenal pasti acara berpotensi diketen­gahkan melalui dua kategori sukan iaitu sukan teras mer­angkumi bola sepak, sepak takraw, ragbi, UKMHK dan road relay manakala sukan bukan teras ialah pingpong, tenis, bola tampar, bola ker­anjang, tarik tali dan meren­tas desa,” jelasnya.

Tambahnya, semua acara dipertandingkan akan dilak­sanakan sepanjang Januari hingga Mac ini.

Hadiah lumayan disediakan kepada pemenang termasuk hadiah berupa piala individu, piala pusingan sukan, piala johan keseluruhan dan wang tunai bagi pemain-pemain yang berjaya.

Dalam pada itu, upacara penutupan karnival sukan ini akan diadakan di Stadium Tun Ahmad Zaidi Sibu pada Ogos depan.

Acara kemuncak yang di­adakan pada upacara berk­enaan ialah pertandingan akhir bola sepak antara kompeni.

Advertisement