Anda di sini

Tiga pasukan sah sertai futsal Piala ADUN Piasau

Advertisement

MIRI: Sebanyak tiga pasukan sudah mengesahkan tempat untuk menyertai Pertandingan Futsal Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau 2014 pada 25 dan 26 Januari ini.

Jurucakap penganjur, Mohamad Fauzi berkata pertandingan itu terhad kepada hanya 28 pasukan terawal dan ia masih terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat.

Kejohanan itu adalah anjuran bersama Department of Art, Culture and Sport dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau.

Ia akan berlangsung di gelanggang terbuka dan berbumbung Kelab Rekreasi Petrolium (KRP) dan manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Januari ini.

Fauzi memberitahu, pasukan yang berminat untuk menyertai pertandingan itu dinasihatkan menghantar borang lebih awal untuk mengesahkan tempat.

Katanya, pihaknya telah mengedarkan banyak borang namun hanya beberapa pasukan sahaja yang telah mengesahkan tempat untuk turut serta.

Taklimat dan undian akan dijalankan pada 17 Januari bertempat di Pejabat PAS kawasan Miri, Lot 779, Tingkat 3, Bintang Jaya Comercial Centre, Jalan Bintang.

Yuran penyertaan bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan itu adalah RM100 dan perlu dibayar tunai kepada penganjur.

Juara akan menerima RM1000 dan piala iringan, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM700 dan RM500.

Keterangan lanjut boleh menghubungi Mohamad Fauzi di talian 019-5989872 atau Asrul (019-2669326).

Advertisement