Anda di sini

Lelaki dikejarkan ke hospital disyaki cuba bunuh diri

Advertisement

CEDERA: Mangsa dikejarkan ke HUS untuk menerima rawatan.

KUCHING: Seorang lelaki dari Kampung Rantau Panjang dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin oleh keluarganya selepas disyaki cuba membunuh diri.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditemui di dalam biliknya dalam keadaan berlumuran darah manakala kedua-dua pergelangan tangan mempunyai kesan kelar.

Keluarganya memasuki bilik berkenaan sekitar jam 5 petang apabila mangsa tidak menjawab walaupun selepas beberapa kali pintu biliknya diketuk.

Turut ditemui berhampiran mangsa adalah sebilah parang dan sebuah pisau kecil.

Dia dimasukkan ke Zon Merah HUS sekitar 6 petang untuk menerima rawatan.

Setakat berita ini ditulis keadaannya dilaporkan stabil.

Advertisement