Anda di sini

Kelab penyokong Sarawak turut bersedih dengan pemergian Sazali Ramli

Advertisement

DALAM KENANGAN: Sazali (duduk kanan) bersama barisan pemain Sarawak dan jurulatih, Alan Vest (kanan) semasa era kegemilangan skuad Bujang Senang pada 1990-an.

KUCHING: Suasana suram dan sedih menyelubungi arena bola sepak Sarawak dengan pemergian bintang pertahanan kental Bujang Senang, Sazali Mohd Ramli.

Allahyarham Sazali meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika berjoging di Taman Millenium, Bintulu pada Ahad lalu.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Sarawak (SFFC), Peter Moni melahirkan rasa sedih selepas menerima pemergian pemain pertahanan kental itu.

“Ia merupakan berita sedih untuk bola sepak Sarawak. Ini kerana Allahyarham (Sazali) merupakan pencetus kepada kejayaan bola sepak Sarawak pada era kegemilangan,” katanya.

Rakan sepasukan Sazali, Abdul Jalil Ramlee turut bersedih dengan pemergian Allahyarham.

Tambahnya, gol kedua jaringan Allahyarham pada final Piala FA 1992 telah menjulang Sarawak sebagai juara.

“Ia merupakan kenangan dan sejarah kami bersama dalam pasukan Sarawak era 1990-an,” kata Abdul Jalil.

Advertisement