Anda di sini

Usah salahkan kerajaan sahaja apabila harga naik

Advertisement

KEMAMAN: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata- mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.

Ini kerana kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.

“Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai ‘Barang Naik’,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, semalam.

Beliau menjelaskan bahawa harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan. — Bernama

Advertisement