Anda di sini

T-Team sasar lima tempat terbaik Liga Super 2014

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Pengendali T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah mahu bersikap lebih realistik apabila sekadar menyasarkan kedudukan lima terbaik dalam Liga Super yang akan bermula 18 Januari ini.

Azraai yang juga bekas jurulatih Kedah dan Negeri Sembilan berkata sasaran berkenaan bertepatan dengan kekuatan dan keupayaan The Titans, namun jika mampu berada di tangga lebih baik, ia bonus untuk pasukannya.

“Kita tak ada pemain yang mempunyai nama besar dalam pasukan dan rata-rata pemain yang menganggotai skuad kali ini merupakan pemain skuad Piala Presiden T-Team, jadi kita kena berdepan dengan realiti,” katanya kepada pemberita semalam.

Mereka menduduki tangga ketiga tercorot daripada 12 pasukan, pada musim lalu.

Azraai turut menjangkakan saingan kali ini lebih seimbang dengan adanya pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Selangor serta Pahang yang muncul juara Piala Malaysia, musim lalu. — Bernama

Advertisement