Anda di sini

Suspek curi bersenjatakan pistol lepas lari

Advertisement

Polis memeriksa persekitaran tempat insiden. Turut kelihatan, Hilux terbabit. – Gambar oleh Sandy Mark Luna.

KUCHING: Seorang lelaki bersenjatakan pistol melarikan diri selepas memecah tingkap sebuah Toyota Hilux di kawasan Satok pagi tadi setelah digagalkan anggota polis ketika meronda.

Dalam insiden kira-kira jam 11 pagi, ketika suspek mengeluarkan pistol, dua kelopak peluru jenis P99 mengandungi 21 butir peluru hidup terjatuh.

Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek berkata seorang lagi suspek berjaya diberkas dan akan direman bagi membantu siasatan.

Advertisement