Anda di sini

Semua pusat pemindahan banjir ditutup jam 4 petang kelmarin

Advertisement

KUCHING: Semua pusat pemindahan banjir di negeri ini ditutup pada jam 4 petang kelmarin.

Pusat pemindahan terakhir ditutup ialah di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong yang melibatkan lapan keluarga dan 36 mangsa.

Secara keseluruhannya, 660 keluarga terdiri daripada 2,686 orang mangsa masih terjejas akibat banjir di negeri ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Negeri melaporkan, hujan lebat akan terus berlaku di negeri ini untuk tempoh tujuh hari akan datang.

Untuk keterangan lanjut mengenai kajian cuaca, orang ramai boleh menghubungi 082-617736 atau 082-617737.

Advertisement