Anda di sini

Pekerja kapal tongkang pasir lemas jatuh sungai

Advertisement

KUCHING:Seorang pekerja kapal tongkang pasir warganegara Myanmar dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Sarawak semalam.

Zarniphome Myint, 26, dari Yangon dikatakan sedang melakukan pemeriksaan kapal pada jam 5 pagi apabila dia tiba-tiba tersandung tali kapal sebelum terjatuh ke sungai.

Dia bagaimanapun sempat menjerit meminta tolong tetapi gagal diselamatkan oleh rakan setugas kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya Taweng Lingem memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian daripada polis pada jam 10.25 pagi semalam.

Beliau turut berkata mangsa tidak pandai berenang.

Menurutnya usaha menyelamat dijalankan pihaknya menggunakan kaedah ‘drafting iron’ bagi mencari mayat mangsa yang masih belum ditemui semalam.

Sehingga berita ini ditulis semalam, usaha mencari mangsa masih dijalankan walaupun cuaca tidak mengizinkan.

Advertisement