Anda di sini

Lelaki mangsa ragut hilang rantai emas

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki yang menjadi mangsa ragut kehilangan rantai emas dalam kejadian yang berlaku di Jalan Chew Siik Hiong, di sini pagi Jumaat lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi, mangsa bersama rakannya sedang menuju ke arah kereta sebelum diragut oleh dua peragut yang menunggang motosikal.

Mangsa yang berusia 39 tahun kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan bagi tindakan selanjutnya.

Polis menerima laporan mendapati peragut menggunakan nombor pendaftaran palsu berdasarkan maklumat diberikan mangsa.

Dalam kejadian berasingan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun turut menjadi mangsa ragut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Salim, di sini.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 9 malam Jumaat lalu, mangsa sedang menunggang motosikal di Bukit Lima sebelum diragut dua peragut yang menunggang motosikal.

Peragut yang duduk di bahagian pembonceng motosikal bertindak meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di bakul motosikalnya.

Mangsa yang ditemani bapanya membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Advertisement