Anda di sini

Kong kekal terajui Persatuan Pesara Shell Sarawak

Advertisement

MIRI: Kong Bee Kek mengekalkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Pesara Shell Sarawak (SSRA) untuk penggal kedua tahun ini dalam pemilihan jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-29 di sini semalam.

Menurut Kong, SSRA menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2013 dan merupakan persatuan yang aktif menjalankan program untuk ahli-ahlinya dan masyarakat setempat.

“Antara yang dianjurkan SSRA adalah majlis makan malam sambutan ulang tahun, majlis makan malam tahunan, seminar kesihatan dan mengendalikan mesyuarat untuk ahlinya,” jelas beliau.

Katanya, pelbagai program yang dianjurkan mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli.

“Kita berharap sokongan serta kerjasama yang berterusan daripada semua pihak khususnya daripada ahli sendiri agar kita dapat bersama membantu meningkatkan serta menuju ke arah lebih baik pada tahun ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Sarawak Shell yang membantu memberi sokongan terutama dari segi kewangan dalam menganjurkan pelbagai program.

Beliau turut berharap agar jawatankuasa yang baharu dapat memberi kerjasama antara satu sama lain dalam memastikan persatuan berkembang ke arah yang lebih baik.

Advertisement