Anda di sini

Bintawa Hilir julang Piala YB Dr Hazland

Advertisement

JUARA: Dr Hazland bersama para pemain pasukan Bintawa Hilir muncul juara Piala Pusingan YB Dr Hazland di Kuching semalam.

KUCHING: Bintawa Hilir muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan YB Dr Hazland Abang Hipni selepas mengalahkan Tabuan Lot A, di Padang Jublie di sini semalam.

Dalam perlawanan akhir itu, Bintawa Hilir yang merupakan pasukan jemputan mengenepikan juara bertahan, Tabuan Lot A dengan jaringan 2-0.

Gol pertama Bintawa Hilir dijaringkan Mohd Kamarul Julai manakala Mohd Fazailah Saperi menyumbat gol kedua.

Dengan kemenangan itu, Bintawa Hilir membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan dan piala iringan.

Tabuan Lot A yang sekadar berpuas hati di tempat kedua memenangi wang tunai RM600 dan piala iringan.

Sebanyak 37 pasukan menyertai kejohanan itu yang merangkumi 10 pasukan jemputan.

Advertisement