Anda di sini

TBS Sri Aman hulur sumbangan bantu mangsa serangan buaya

Advertisement

SRI AMAN: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Sri Aman menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa keluarga serangan buaya yang berlaku pada 18 Disember tahun lalu.

Mangsa, Aladdin Sabeli berasal dari Kampung Hulu Lingga, Sri Aman dipercayai hilang sewaktu sedang mandi di sungai Enchiap, Pantu.

Mangsa bersama rakan sekerjanya menjalankan kerja pembalakan pada ketika kejadian.

Ketua Zon Selatan, Tabung Baitulmal Sarawak, Shamsul Bahri Manap berkata bantuan berupa makanan asasi dan kewangan dihulurkan kepada isteri mangsa, Saptuyah Salleh bagi meringankan beban dan menangung anak masih bersekolah.

Majlis penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Hamsein Attar.

Hadir sama Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Kecil Daerah Lingga, Mohamad Ellfizan Paukan.

Advertisement