Anda di sini

Samarahan venue Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia

Advertisement

KUCHING: Samarahan dipi­lih selaku venue Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia Zon Malaysia Timur yang berakhir di UNI­MAS, Kota Samarahan se­malam.

Kejohanan itu dianjur­kan oleh Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dengan kerjasama Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd dan Manchester United.

Kejohanan yang juga merupakan program pem­bangunan bola sepak ne­gara itu dibahagi kepada zon Timur, Selatan, Tengah, Utara dan Malaysia Timur.

Ahli Majlis Penasihat YR1M Sarawak, Irwan Zulkarnain Hasbie berkata hanya pe­main yang berumur bawah 19 tahun dan belum pernah mewakili negeri layak meny­ertai kejohanan tersebut.

“Kita mahu memberi pel­uang kepada pemain remaja merasai kejohanan ini. Ia pastinya menjadikan ia se­makin menarik,” katanya pada sidang media semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YR1M, Ung Su Ling pula berkata tujuan utama kejohanan tersebut adalah bukan sekadar mencungkil bakat baharu tetapi membina sahsiah diri dan kepimpinan remaja di negara ini.

Beliau turut gembira den­gan kejayaan penganjuran kejohanan tersebut di sini sambil berharap ia akan men­jadi acara tahunan.

“Ini merupakan kali per­tama YR1M menganjurkan kejohanan besar seperti ini dan kami mahu merakamkan penghargaan kepada pihak penaja yang telah banyak menghulurkan bantuan serta sokongan.

“Apa yang paling penting kejohanan ini dapat menger­atkan hubungan antara kes­emua pemain yang berasal dari negeri-negeri lain,” katanya.

YR1M ditubuhkan pada 11 Januari 2013 dan ia merupa­kan badan kebajikan yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia mela­lui program sukan dan pen­didikan.

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Advertisement