Anda di sini

PKR Sarawak adakan bengkel untuk hadapi PRN

Advertisement

KUCHING: Sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pada 2016, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak semalam mengadakan bengkel khas yang diketuai pemimpin peringkat pusat dan negeri.

Pengerusi PKR Negeri Baru Bian berkata, bengkel khas itu menyentuh kepada pelbagai aspek termasuk strategi dan persiapan menghadapi PRN akan datang.

“Kami berbangga kerana pimpinan PKR pusat datang dan menyokong untuk menjayakan bengkel ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya, PKR memandang serius PRN akan datang untuk memastikan lebih banyak kerusi dimenangi.

“Ya, kita memang berhasrat untuk mentadbir negeri ini,” ujarnya,

Pada masa sama, Baru mahu setiap ketua cawangan parti untuk turun padang dan terus merekrut ahli baharu.

“Ini merupakan perkara asas yang perlu diberi perhatian serius bagi meraih sokongan peringkat akar umbi,” jelasnya.

Tambahnya, PKR Sarawak diberi tanggungjawab penuh untuk menentukan calon yang bertanding pada PRN akan datang.

“Kita akan memilih calon pada bila-bila masa dari sekarang untuk memastikan setiap di kalangan mereka (calon) bersiap sedia,” kata Baru.

Hadir sama Naib Presiden PKR Fauziah Salleh, Timbalan Ketua Wanita PKR Rodziah Ismail, Pengarah Strategik PKR Rafizi Rambli dan Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How.

Advertisement