Anda di sini

PJKS anjur kempen menderma darah

Advertisement

SIBU: Persatuan Juruteknik Kenderaan Sibu (PJKS) mengadakan kempen menderma darah di premisnya di sini, semalam.

Kempen itu diadakan dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu dan terbuka kepada orang awam serta ahli-ahli PJKS.

Menurut jurucakap penganjur, ini merupakan aktiviti tahunan PJKS dan memberitahu PJKS sering menganjurkan aktiviti seumpama ini dalam dua atau tiga kali dalam setahun.

“Ini bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ahli kita tentang pentingnya menerima darah kerana melalui darah semua penyakit dapat dikesan.

“Selain itu, ia merupakan usaha PJKS untuk membantu Bank Darah Hospital Sibu menampung bekalan darah di hospital bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) adalah tanggungjawab semua khususnya PJKS dalam aktiviti kebajikan dan sosial kepada masyarakat.

Advertisement