Anda di sini

Persatuan Klan Chiang anjur mesyuarat agung 9 Feb depan

Advertisement

SIBU: Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Wilayah Tengah Sarawak menjadi tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat agungnya kali Ke-27.

Mesyuarat tersebut dijadualkan berlangsung di premisnya di Jalan Tong Sang, di sini pada 9 Februari depan.

Justeru, pihak persatuan terbabit mengingatkan ahli-ahlinya hadir pada mesyuarat berkenaan selain menepati masa.

Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat berkenaan ialah pemilihan ahli-ahli jawatankuasa baharu bagi dua tahun akan datang.

Senarai ahli yang menganggotai jawatankuasa itu hanya akan dikeluarkan selepas 15 Januari depan.

Ahli-ahli yang berhasrat untuk mengundi calon mereka boleh menandakan calon kegemaran mereka pada senarai nama berkenaan.

Tarikh tutup senarai pencalonan pada 22 Januari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak persatuan itu di talian 084-330439.

Advertisement