Anda di sini

Kunjungi Hari Terbuka Stihl di Crown Towers 14-16 Januari

Advertisement

KUCHING: Orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat dijemput menyertai Hari Terbuka Stihl anjuran KTS Trading Co di Crown Towers di sini dari 14 hingga 16 Januari ini.

Acara tiga hari yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu dianjurkan sempena lawatan Presiden Stihl, Dr Nikolas Stihl.

Kakitangan KTS akan mengadakan pengenalan, pameran, demonstrasi dan promosi semasa acara berkenaan.

Antara produk yang dipromosi ialah pembersih hampagas, mesin pemotong rumput dan gergaji.

Pengunjung akan diberi cenderamata percuma sementara stok masih ada.

Bagi mereka yang membeli produk Stihl semasa acara tersebut, mereka akan mendapat sebotol minyak zaiton FINI 250ml.

Advertisement