Anda di sini

Alza terbaharu versi advanced dipamerkan Otostabil Bintulu

Advertisement

BINTULU: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model terbaharu kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza turut memperkenal kenderaan itu di Bilik Pameran Otostabil Sdn Bhd di Kemena Land District, Jalan Bintulu-Sibu malam kelmarin.

Ia merupakan model MPV Alza yang dipertingkatkan dengan tawaran harga atas jalan (OTR) lebih rendah berbanding model sebelum ini iaitu pengurangan antara dua hingga tujuh peraatus.

Model baharu kenderaan itu didatangkan dengan tiga varian iaitu standard, edisi khas (SE) dan varian advanced dengan empat warna iaitu putih, hitam, perak, ungu dan warna baharu iaitu merah bagi varian SE dan varian advanced.

Harga anggaran OTR bagi varian standard bagi transmisi manual adalah RM52,400 manakala automatik berharga RM55,400 dan varian SE manual berharga RM56,400 serta SE automatik pula berharga RM59,400 dan varian advanced (RM64,000).

Advertisement